Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS tahunTawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS tahun 2011/2012 |
Si Lesung Merah
Wednesday, March 9, 2011
Kursus: Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS tahun
Vacancy: Renjer Hutan Gred G17
Kem./Jab.: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48
Syarat Lantikan:
* SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T4]; atau
* Sijil Perhutanan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8]; dan
* lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Renjer Hutan Gred G17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
* mempunyai kelayakan di atas atau
* lulus Peperiksaan Khas dan
* berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
* Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
* Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
* Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
* Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
* Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
* Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
* Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
* Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
* Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
* Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
* Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.
Vacancy: Kementerian Dalam Negeri
IKLAN KEKOSONGAN JAWATANKUMPULAN SOKONGAN II DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
Sukacita dimaklumkan, bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan pengambilan jawatan Kumpulan Sokongan II bagi jawatan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1 dan Pekerja Awam Gred R1.
Bersama-sama ini disertakan iklan bagi tiga jawatan di atas dan Borang Permohonan KDN 1/2011 untuk paparan pihak tuan/ puan. Borang boleh dimuat turun pada pautan di bawah iklan perjawatan.
- Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3
- Pembantu Am Pejabat Gred N1
- Pekerja Awam Gred R1
- Borang Permohonan KDN 1/2011
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 16 Mac 2011 (Rabu).
Dana: DANA PENERBITAN PENGGERAK INDUSTRI BUKU
MATLAMAT:
*Meningkatkan jumlah penerbitan buku umum judul baharu (bukan fiksyen) karya asli berbahasa
Melayu dalam pelbagai bidang dan peringkat pembaca.
*Memberi sumbangan terhadap pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) dalam industri penerbitan buku.
*Memainkan peranan yang aktif dalam pelaksanaan Dasar Buku Negara untuk memastikan kegiatan
pembangunan buku dijadikan perusahaan budaya yang penting.
*Membangunkan sumber manusia dalam industri perbukuan seperti penerbit, editor, penulis dan ilustrator dengan mengadakan bengkel, kursus, seminar, ceramah dan seumpamanya.
KELAYAKAN PEMOHON:
Penerbit yang layak memohon dana ini adalah:
i. Syarikat penerbitan bumiputera;
ii. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 010100 (bahan bacaan);
iii. Menjalankan kegiatan penerbitan buku.
KATEGORI BUKU YANG DITAWARKAN:
Kategori-kategori buku yang ditawarkan adalah:
i. Buku Mewah;
ii. Buku Biografi/Autobiografi/Memoir;
iii. Buku umum bukan fiksyen;
iv. Buku pengetahuan remaja;
v. Buku bergambar kanak-kanak (informatif);
vi. Buku pengetahuan kanak-kanak.
CARA MEMOHON:
Penerbit yang layak bolehlah mengemukakan permohonan melalui borang yang boleh didapati daripada urus setia atau muat turun dari laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.
URUS SETIA:
Bagi mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Urus Setia,
Dana Penggerak Industri Buku Negara,
Bahagian Pembangunan Penerbitan,
Tingkat 13, Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803,
50926, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2148 1532 (Kamsiah Mohamed)
03-2148 1550 (Dr. Dahlina Daut Mohmud)
Faks: 03-2142 3543
TARIKH TUTUP PENYERTAAN:
Dibuka sepanjang masa.
->Kandungan iklan
->Maklumat lanjut
->Panduan penyediaan kertas cadangan judul
->Borang permohonan
Link: http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1631&IID=
Monday, February 28, 2011
Vacancy: PKENPS
| (1) | Jawatan | (i) | Pegawai Tadbir | N41 |
|
|
| (ii) | Penolong Jurutera | J29 |
|
|
| (iii) | Penolong Pegawai Tadbir | N27 |
|
|
| (iv) | Setiausaha Pejabat | N27 |
|
|
| (v) | Pembantu Tadbir (P/O) | N17 |
|
|
| (vi) | Pegawai Khidmat Pelanggan | N17 |
|
|
| (vii) | Pembantu Tadbir (Kewangan) | W17 |
Borang permohonan boleh didapati dengan muat turun web rasmi PKENPs http://www.pkenps.gov.my .
Permohonan hendaklah sampai kepada:-

| | Pengurus Besar |
pada atau sebelum 07 Mac 2011. Permohonan yang lewat diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan. Bagi Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun yang sedang berkhidmat, pemohon hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Monday, February 21, 2011
Sales: JUSCO Baby Fair
Check out for the special offer on baby products.
Don't miss out.
Call 1300803535 for info.
Thursday, February 17, 2011
Activity: PESTA AIR PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2011 | 19 Feb 2011
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pesta Air Putrajaya Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6 Putrajaya. Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada orang ramai antaranya seperti berikut :
• Pertandingan Perahu panjang.
• Pertandingan Bola Tampar pantai.
• Pertandingan Mewarna.
• Pertandingan Tarik Tali Perahu
• Sepak Raga Bulatan
• Mini Explorace
• Sukaneka Air dan darat
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
UNIT SUKAN DAN REKREASI, BAH. PERKHIDMATAN KOMUNITI
JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR
PERBADANAN PUTRAJAYA
Tel : 03-8887 7547 (Sujairi), 03-8887 7439 (suzaina)
Fax : 03-8887 5022