Kumpulan: Sokongan
Kem./Jab.: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48
Syarat Lantikan:
* SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T4]; atau
* Sijil Perhutanan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8]; dan
* lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Renjer Hutan Gred G17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
* mempunyai kelayakan di atas atau
* lulus Peperiksaan Khas dan
* berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
* Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.
* Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.
* Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.
* Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.
* Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.
* Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.
* Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.
* Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.
* Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.
* Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.
* Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment