Warga TM sekalian,
Yayasan TM dengan sukacitanya ingin mempelawa anak-anak anggota Kumpulan TM dan pelajar-pelajar dari sekolah bantuan penuh kerajaan yang mendapat kelulusan akademik yang cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun 2010 serta aktif dalam ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2011 sahaja.
Permohonan hendaklah dibuat secara aplikasi dalam talian dengan melayari laman web Yayasan TM di alamat http://ytm.tm.com.my mulai 19 Januari 2011.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2011. Bersama-sama ini disertakan iklan bagi permohonan Biasiswa Kecil Yayasan TM untuk rujukan.
No comments:
Post a Comment